Thursday 8 December 2011

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."
Hati tenang apabila kesabaran dlm sgala ujian dan dugaan dari ALLAH S.W.T
Hati tenang apabila dengar lagu nasyid dan ceramah tentang ALLAH S.W.T
Hati tenang apabila airmata taubat t’kenang dosa-dosa pada ALLAH S.W.T
Hati tenang apabila rasa cinta mendalam pada Rasullullah S.A.W.
Hati tenang apabila dengar azan panggilan dari ALLAH S.W.T.
...